Wednesday 29 June 2011

Majlis Pelancaran Program Wakaf

Foto sewaktu Sidang Akhbar bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Residen Miri pada 29 Jun 2011 

Tapak Masjid Pada Masa Ini...

 
 

Tuesday 28 June 2011

Gambaran Artis Masjid Senadin Miri (Cadangan)

Pandangan Hadapan Masjid Senadin Miri
Pandangan Keseluruhan Masjid & Kawasannya

Foto

Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Senadin Miri (JPMSM)
yang dipengerusikan oleh Cr Haji Julaihi Haji Mohamad pada 27 Jun 2011

Amalan Wakaf & Cara Pembayaran

Amalan ini memberi peluang kepada masyarakat
Islam untuk beribadat dan menyumbangkan
sejumlah wang sebagai wakaf untuk menampung
kos pembinaan Masjid Senadin Miri.

Walaupun kadar wakaf seseorang itu sangat
sedikit, ia adalah perkongsian ramai pihak
sehingga terbinanya sebuah masjid.  Amalan ini
memberi peluang kepada umat Islam untuk
melakukan amal jariah membina masjid sekaligus
membantu menyediakan kemudahan beribadat
kepada orang ramai.

CARA PEMBAYARAN

Pewakaf boleh membayar dalam bentuk wang
tunai / cek / wang pos / kiriman wang / mendeposit
terus ke dalam akaun jawatankuasa ini / pindahan
wang melalui mesin ATM.  Pewakaf kemudiannya
perlu menyerahkan slip atau bukti pindahan kepada
pihak pengurusan wakaf (Tabung Baitulmal
Sarawak\Cawangan Miri) sebagai bukti
pembayaran.

Pewakaf akan diberikan resit rasmi sebaik sahaja
menyerahkan wang atau bukti pembayaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari;

http://www.masjidsenadinmiri.blogspot.com/
email: masjidsenadinmiri@gmail.com

ATAU menghubungi terus

1.  Puan Marini Binti Juraibi
     Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Miri
     Tel: 085-434528   Fax: 085-434532
     HP: 019-484 2133

2.  Encik Lai Jobeli
     HP: 013-836 0106

Program Wakaf



Thursday 23 June 2011

Maklumat Wakaf

PENGERTIAN DAN RUKUN WAKAF

WAKAF berasal dari perkataan Arab  yang
bermaksud “menyerahkan harta untuk
kepentingan agama dan ianya kekal sedemikian
tanpa boleh diubah.”

Harta yang diwaqafkan akan menjadi milik awam
dan hukumnya tidak boleh dijual beli, diwarisi atau
diberi kepada sesiapapun.  Wakaf merupakan satu
amal jariah yang terbaik dan sangat dituntut oleh
ajaran Islam.  Pahalanya berterusan selama harta
yang diwakafkan masih dimanfaatkan.

WAKAF KHAIRI

Amalan wakaf yang berterusan hingga masa kini
ialah WAKAF KHAIRI (Kebajikan).  Ia terbahagi
kepada dua jenis, iaitu;

    i.  WAKAF AM: Wakaf yang tidak dikhususkan oleh
        pewakaf kepada pihak tertentu.  Contohnya seorang
        mewakafkan tanah untuk kebajikan.  Pemegang
        amanah tanah wakaf itu boleh membangunkan tanah
        tersebut untuk apa jua bentuk kebajikan.

   ii.  WAKAF KHAS: Wakaf yang manfaatnya dikhususkan
        kepada pihak tertentu, contohnya wakaf khas untuk
        Masjid dan rumah anak-anak yatim.

Harta yang boleh diwakafkan adalah seperti wang,
tanah, bangunan, kenderaan dan apa sahaja yang
boleh dimanfaatkan.

RUKUN WAKAF

   i.  WAQIF iaitu orang yang mewakafkan harta;
   ii.  MAUQUF iaitu harta yang diwakafkan;
   iii. MAUQUF ‘ALAIH iaitu pihak yang menerima
        manfaat wakaf ; dan
   iv. SIGHAH iaitu akad atau dokumen yang berkaitan
        dengan pengesahan hak wakaf.