Thursday 23 June 2011

Maklumat Wakaf

PENGERTIAN DAN RUKUN WAKAF

WAKAF berasal dari perkataan Arab  yang
bermaksud “menyerahkan harta untuk
kepentingan agama dan ianya kekal sedemikian
tanpa boleh diubah.”

Harta yang diwaqafkan akan menjadi milik awam
dan hukumnya tidak boleh dijual beli, diwarisi atau
diberi kepada sesiapapun.  Wakaf merupakan satu
amal jariah yang terbaik dan sangat dituntut oleh
ajaran Islam.  Pahalanya berterusan selama harta
yang diwakafkan masih dimanfaatkan.

WAKAF KHAIRI

Amalan wakaf yang berterusan hingga masa kini
ialah WAKAF KHAIRI (Kebajikan).  Ia terbahagi
kepada dua jenis, iaitu;

    i.  WAKAF AM: Wakaf yang tidak dikhususkan oleh
        pewakaf kepada pihak tertentu.  Contohnya seorang
        mewakafkan tanah untuk kebajikan.  Pemegang
        amanah tanah wakaf itu boleh membangunkan tanah
        tersebut untuk apa jua bentuk kebajikan.

   ii.  WAKAF KHAS: Wakaf yang manfaatnya dikhususkan
        kepada pihak tertentu, contohnya wakaf khas untuk
        Masjid dan rumah anak-anak yatim.

Harta yang boleh diwakafkan adalah seperti wang,
tanah, bangunan, kenderaan dan apa sahaja yang
boleh dimanfaatkan.

RUKUN WAKAF

   i.  WAQIF iaitu orang yang mewakafkan harta;
   ii.  MAUQUF iaitu harta yang diwakafkan;
   iii. MAUQUF ‘ALAIH iaitu pihak yang menerima
        manfaat wakaf ; dan
   iv. SIGHAH iaitu akad atau dokumen yang berkaitan
        dengan pengesahan hak wakaf.